Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Consumer Tech Week Anjuran Dell Malaysia Hadir Dengan Tawaran Menarik

Dell, sebuah syarikat yang pastinya dikenali ramai untuk komputer-komputer riba, komputer desktop dan paparan-paparan skrin mereka sedang menganjurkan acara Consumer Tech Week di Plaza LowYat untuk seminggu, bermula dari 3 haribulan April sehingga 9 haribulan April.

Di acara tersebut, Dell menunjukkan beberapa peranti mereka yang diberi kemaskini CPU Intel Kaby Lake dan juga kad grafik NVIDIA Pascal yang terbaru. Peranti-peranti terbaru ini termasuklah komputer riba Dell Alienware, Dell XPS 13 dan 15 yang ditunjukkan di CES tahun ini, dan juga Dell Inspiron 15.

Dalam pada itu, mereka yang membeli komputer riba Dell XPS di acara Consumer Tech Week tersebut ataupun di laman web Dell Malaysia akan menerima sebuah penyesuai Dell DA200 dengan penyambung USB Type-C yang bernilai RM319 dan juga berpeluang memenangi sebuah monitor Dell S2781D yang berharga RM2999.

 

Promosi Dell XPS ini boleh dilihat di laman web Dell Malaysia, dan akan berterusan sehingga 30 haribulan April nanti. Bagi mereka yang berminat untuk membeli komputer riba baru di acara Consumer Tech, berikut merupakan harga-harga permulaan untuk peranti-peranti Dell ini:

Dell XPS 13 2-in-1: Bermula dari RM6699
Dell XPS 13: Bermula dari RM5499
Dell XPS 15: Bermula dari RM6699
Dell Inspiron 15 Gaming: Bermula dari RM3899
Dell Alienware 13: Bermula dari RM5999
Dell Alienware 15: Bermula dari RM6999
Dell Alienware 17: Bermula dari RM7499



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Consumer Tech Week Anjuran Dell Malaysia Hadir Dengan Tawaran Menarik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info