Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MDEC Menjadualkan Acara LevelUp Pada November 2017

MDEC sebelum ini telah mengadakan acara khusus memfokuskan permainan video dan juga dunia kreatif, dinamakan sebagai Level Up. Ia telah dimulakan pada 2015 lepas, dan turut diadakan pada tahun lepas. Untuk 2017, acara berkenaan akan kembali untuk tahun ketiga dan diadakan pada November 2017 kelak.

LevelUp 2017

Berkongsi mengenainya, wakil MDEC mengatakan ia bakal diadakan pada 7 dan 8 November 2017 ini. Acara dua hari ini bakal menyaksikan pelbagai produk permainan video dipertontonkan, selain perkongsian daripada individu dan syarikat yang terlibat dalam industri ini.

Menariknya, selain hanya acara memfokuskan kepada permainan video dan dunia kreatif, untuk tahun ini, MDEC turut sedang memfokuskan kepada pembangunan Level Inc. Level Inc bakal menjadi pusat sehenti untuk menghubungkan mereka dalam komuniti pembangunan video ini untuk berinteraksi dengan lebih efisyen, selain berkongsi pelbagai perkara antara satu sama lain – termasuk mendapatkan bantuan dana dan juga mentor.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MDEC Menjadualkan Acara LevelUp Pada November 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info