Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MDEC Ingin Membuka Level Inc – Pusat Setempat Untuk Komuniti Industri Permainan Video

Jenama LevelUp sedia digunakan oleh pihak MDEC dalam mempromosikan acara permainan video dan komuniti disebaliknya – termasuk dikalangan pembangun permainan video, pemilik syarikat permainan video, mentor, dana, pelabur dan sebagainya.

Kini, dalam usaha untuk memudahkan semua dalam komuniti ini berhubung antara satu sama lain, MDEC dalam perancangan untuk membuka pusat khusus dinamakan Level Inc.

Level Inc

Level Inc ingin menjadi salah satu pusat komuniti untuk mereka yang terlibat dalam arena permainan video. Ia bakal menawarkan akses kepada mentor, dana, bantuan dan sebagainya, meallui pusat setempat di Bangsar South.

Level Inc ini dijangka dibuka secara rasminya pada bulan Ogos 2017 ini. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya ketika pelancarannya pada Ogos kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MDEC Ingin Membuka Level Inc – Pusat Setempat Untuk Komuniti Industri Permainan Video"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info