Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kini, Lebih Ramai Pengguna Menggunakan Instagram Stories Berbanding Snapchat

Instagram ketika memperkenalkan ciri Instagram Stories, terdapat sejumlah pengguna yang mengecamnya kerana meniru Snapchat. Walaubagaimanapun, kini dilihat Instagram sedang memenangi arena berkenaan, apabila berkongsi hari ini mengatakan Instagram Stories mempunyai sekitar 200 juta pengguna aktif setiap hari.

Jikalau dibandingkan, Snapchat mempunyai sekitar 161 juta pengguna ketika mereka berkongsi mengenainya pada bulan Februari 2017 lepas.

Pencapaian ini semestinya mengembirakan pihak Facebook yang telah mengintegrasikan fungsi seumpama Instagram Stories ini pada pelbagai perkhidmatan mereka. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah langkah balas daripada Snapchat dalam menarik pengguna ke platform mereka kembali.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini, Lebih Ramai Pengguna Menggunakan Instagram Stories Berbanding Snapchat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info