Asus baru-baru ini telah memperkenalkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk pengguna Asus Zenfone Laser. Hari ini, Asus menambah satu lagi peranti baru yang menerima kemaskini sistem operasi sama, iaitu Asus Zenfone Max (ZC550KL).
Melalui kemaskini Android 6.0 Marshmallow, beberapa fungsi baru disertakan termasuk penjimatan bateri, kebolehan menggunakan Google Now on Tap, sedikit kemaskini pada antaramuka dan beberapa fungsi baru yang lain.
Asus juga membuang sejumlah aplikasi bloatware, termasuk antaranya adalah Asus Email, Asus Calendar dan juga Asus Messaging. Asus sendiri meminta pengguna menggunakan aplikasi alternatif yang sedia hadir seperti Google Calendar, GMail, dan juga Messenger.
Asus turut mengatakan ia tidak lagi menyokong APP2SD, dan meminta pengguna memindahkan aplikasi ke storan dalaman untuk kekal menggunakannya.
Kemaskini Android Marshmallow ini diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini. Anda boleh menyemak kemaskini pada halaman tetapan peranti anda hari ini, dan menaik-taraf peranti anda kepada Android 6.0 Marshmallow.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Menggunakan Asus Zenfone Max? Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Kini Tersedia Untuk Anda"