Arena teknologi dan kesihatan semakin mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini, terutamanya untuk mengatasi beberapa penyakit yang dihidap ramai – seperti diabetes. Kini, Apple dilaporkan turut menyertai arena sama, dan dikatakan mempunyai sejumlah pengkaji yang sedang membangunkan sensor untuk pemantauan pesakit diabetes.
Beberapa syarikat sedia dalam usaha membangunkan kebolehan menguji kadar gula dalam darah tanpa perlu mencucuk dan mengeluarkan darah seperti pada hari ini. Malah, Google sendiri sebelum ini pernah memperlihatkan kanta lekap khusus untuk menguji kadar gula dalam darah – tetapi berita lanjut mengenai projek berkenaan oleh Google masih menjadi tanda tanya.
Untuk Apple, ia dikatakan projek pembangunan ini telah berlaku sekitar 5 tahun lamanya. Ia dikatakan akan menggunaakn sebuah sensor khusus yang memancar sinar melalui kulit untuk memantau kadar glukos dalam darah.
Seperti biasa, kebanyakkan projek dalaman yang sedang dalam pembangunan jarang dikongsikan oleh Apple. Apa pun, dengan visi seperti ini, tidak mustahil kita melihatnya diintegrasikan pada Apple Watch, dan memudahkan pengguna memantau kadar gula dalam darah dengan lebih mudah lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Teknologi Pemantauan Diabetes"