Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kereta Boleh Terbang AeroMobil Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Prototaip kereta boleh terbang Aeromobil diperlihatkan pada tahun 2015 dan mensasarkan jualan tahun ini. Nampaknya pihak Aeromobil akan menepati janji mereka. Model terkini Aeromobil untuk jualan secara komersial akan diperlihatkan secara rasmi pada 20 April hadapan di acara Top Maques Monaco 2017.

Kereta boleh terbang ini dilengkapi sayap yang boleh dilipat apabila di dalam mod kereta. Ia mampu membawa dua orang penumpang dan tujahan menggunakan kipas digunakan di dalam mod pesawat. Aeromobil direka untuk mematuhi segala garis panduan aeronautik sedia ada bagi memudahkan ia melepasi peraturan pesawat semasa. Dengan pelancarannya minggu hadapan, Aeromobil turut akan mula mengambil tempahan dari pelanggan tahun ini.

AeroMobile



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kereta Boleh Terbang AeroMobil Akan Dilancarkan Minggu Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info