Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Tertiris Memperlihatkan Moto Z2 Akan Hadir Dengan Sokongan Dwi-Kamera

Sebelum ini kita sedia maklum yang mana Moto Z generasi baru pada tahun ini bakal dikenali dengan nama Moto Z2. Kini, lanjutan daripadanya, gambar tertiris baru hadir hari ini memperlihatkan telefon pintar generasi baru berkenaan mungkin menyertakan sokongan dwi-kamera.

Moto Z Force

Gambar tertiris ini dilabelkan sebagai Moto Z2 Force, dan selain daripada penggunaan dwi-kamera, Lenovo dilihat mengekalkan rekaan penyambung Moto Mod pada bahagian bawahnya – sekaligus mengesahkan yang mana Moto Mod sedia ada atau generasi baru boleh digunakan pada pelbagai siri Moto Z sehingga kini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Moto Z2 baru akan diperkenalkan. Mungkin kita akan melihatnya pada pertengahan tahun ini, seperti Moto Z sebelum ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Tertiris Memperlihatkan Moto Z2 Akan Hadir Dengan Sokongan Dwi-Kamera"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info