Sembang Maniac

Sembang-sembang je

FitBit Alta HR Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM 730

Pengesan kesihatan adalah peranti boleh-pakai yang paling banyak dijual sepanjang 2016. Fitbit ialah syarikat menguasai pasaran peranti boleh-pakai dan mereka baru sahaja melancarkan pengesan kesihatan terkini Fitbit Alta HR. Perbezaan diantara Alta HR dan Alta yang dilancarkan sebelum ini ialah kewujudan pengimbas nadi.

Fitbit Alta HR juga boleh mengesan pola tidur pemakai dan menganalisa jumlah tidur mereka bagi mendapatkan jumlah rehat yang optimum. Perisian terkini membolehkan jumlah kalori yang dibakar dikira dengan lebih tepat ketika aktiviti bersenam. Bateri yang disertakan mampu memberikan hayat penggunaan sehingga tujuh hari.

Harga jualan Fitbit Alta HR bermula dari RM 730 untuk edisi Classic. Versi Special Edition pula dijual pada harga RM 849. Bagi yang memerlukan aksesori tambahan, tali jam Luxe Leather dijual pada harga RM 300 manakala tali jam logam Stainless Steel Metal Bracelet dijual pada harga RM 450 untuk versi perak dan RM 550 untuk versi emas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "FitBit Alta HR Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM 730"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info