Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Memperkenalkan Ciri Keselamatan Pengesahan Dwi-Faktor Untuk Semua

Instagram sebelum ini telah memperkenalkan ciri pengesahan dwi-faktor untuk sejumlah pengguna, dan hari ini mereka secara rasminya mengumumkan yang mana ciri berkenaan telah diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Instagram 2 Faktor

Dengan penambahan ciri baru ini, ia menjadikan akaun pengguna lebih selamat lagi. Melaluinya, anda akan diminta dengan kod tambahan selepas log masuk sebelum dapat mengakses akaun. Kod berkenaan akan ditawarkan melalui SMS atau ditawarkan melalui aplikasi dan perlu disimpan terlebih dahulu.

Bagi anda yang menggunakan Instagram, anda boleh mengaktifkan ciri ini dan mengelak akaun anda daripada menjadi mangsa godaman. Anda hanya perlu ke halaman tetapan pada profil, dan seterusnya memilih Two-Faktor Authentication untuk mengaktifkannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Instagram Memperkenalkan Ciri Keselamatan Pengesahan Dwi-Faktor Untuk Semua"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info