Maybank merupakan salah satu bank yang popular di Malaysia, namun, aplikasi mereka sering menerima kritikan daripada beberapa pengguna tegar. Kini, mengambil pelbagai maklumbalas, pihak Maybank bakal memperkenalkan aplikasi baru mereka untuk pengguna Android dan iOS pada minggu ini, dan dipanggil dengan nama Maybank.
Aplikasi baru ini hadir dengan rekabentuk antaramuka baru, selain turut menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik melaluinya. Antaramuka baru ini jauh berbeza dengan sebelum ini, dan ia menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih tersusun. Pengguna dengan mudah boleh menyemak baki semasa dalam akaun, baki hutang kad kredit, baki pinjaman yang perlu dibayar, pelaburan dan sebagainya.
Kini, aplikasi Maybank ini hadir dengan sokongan pengimbas cap jari untuk log masuk ke aplikasi dan juga menyemak baki dengan pantas. Selain daripada itu, salah satu ciri menarik yang disertakan adalah kebolehan membuat pemindahan kepada mana-mana akaun bank terus melalui aplikasi ini. Ia berbeza dengan sebelum ini yang memerlukan pengguna menambah akaun pada “Akaun Kegemaran” terlebih dahulu sebelum dapat melakukannya melalui aplikasi mudah-alih. Kini, anda boleh membuat transaksi ke mana-mana akaun dengan mudah terus melalui aplikasi mudah-alih ini.
Maybank turut dijangka bakal mengintegrasikan sokongan pembayaran melalui Western Union pada aplikasi ini, tetapi ia masih tidak diaktifkan lagi buat masa ini. Disamping itu, Maybank turut mengatakan kelak pengguna boleh terus mengakses buku alamat dan memilih nombor telefon yang ingin ditambah-nilai terus melalui aplikasi ini.
Menurut pihak Maybank, aplikasi baru ini akan ditawarkan pada hari Khamis ini, 16 Mac 2017 dan ia akan ditawarkan secara berasingan dengan aplikasi sedia ada. Aplikasi MyMaybank sedia ada akan terus dapat digunakan sehingga sekitar suku ketiga 2017 ini. Maybank mengatakan langkah ini diambil supaya pengguna dapat pelajari aplikasi baru ini dan tidak terkejut dengan perubahan baru yang dibawakan olehnya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maybank Bakal Hadir Dengan Aplikasi Android Dan iOS Baru Minggu Ini Dengan Pelbagai Ciri Baru"