Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – Razer Nextbit, Kemaskini EMUI 5.0, Laporan Prestasi Rangkaian SKMM

Mencuri perhatia pada minggu lepas adalah pengumuman laporan prestasi rangkaian daripada SKMM untuk tahun 2016 lepas, Ia menyaksikan pelbagai data baru dikongsikan pihak SKMM, memperlihatkan Maxis menawarakn talian mudah-alih dengan kadar muat-turun tertinggi, selain Streamyx yang kurang mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh SKMM.

Disamping itu, pada minggu ini pihak Razer telah mengambil-alih Nextbit – sekaligus seperti memberikan petanda mereka akan turut menyertai arena telefon pintar.

Sejumlah syarikat teknologi telah mengumumkan laporan kewangan mereka, yang mana memperlihatkan Apple masih menjana hampir 2 per 3 daripada pendapatan daripada jualan iPhone, sementara Facebook pula menghampiri angka pengguna seramai 2 bilion orang.

Minggu ini juga turut menyaksikan pihak Huawei Malaysia telah mula menawarkan kemaskini EMUI 5.0 dengan Android 7.0 Nougat untuk Honor 8 dan juga Huawei P9. Disamping itu, Huawei turut telah memulakan pendaftaran minat untuk ujian beta EMUI 5.0 untuk Honor 5C.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Razer Nextbit, Kemaskini EMUI 5.0, Laporan Prestasi Rangkaian SKMM"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info