Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ear Trumpet – Membolehkan Anda Mengawal Kekuatan Audio Untuk Setiap Perisian Di Windows 10

Pada Windows, terdapat kaedah untuk mengawal kekuatan audio untuk setiap perisian dan aplikasi yang berjalan. Namun, untuk menawarkan alternatif dan kawalan yang lebih mesra pengguna, salah satu perisian percuma yang menawarkan fungsi serupa adalah Ear Trumpet.

EarTrumpet

Ear Trumpet ditawarkan untuk pengguna Windows 10, dan ia berjalan dilatar serta beroperasi di taskbar – bersebelahan dengan ikon Volume. Seperti biasa, pengguna hanya perlu tekan pada ikon berkenaan, dan ia akan membuka sebuah pop-up kecil dipenjuru bawah, memperlihatkan aplikasi dan perisian yang berjalan serta kawalan bunyi untuknya.

Bagi anda yang sering menjalankan pelbagai perisian pada komputer Windows 10 anda, dan inginkan kaedah mengawal bunyi yang lebih efisyen, mungkin boleh mencuba Ear Trumpet ini hari ini.

Muat-Turun Ear Trumpet untuk Windows 10



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ear Trumpet – Membolehkan Anda Mengawal Kekuatan Audio Untuk Setiap Perisian Di Windows 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info