Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kesemua Peta Dan DLC Multiplayer Uncharted 4 Akan Diberi Percuma

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Uncharted 4 menemui peminat. Permainan yang tiga kali dilewatkan ini pastinya di tangga teratas harus dibeli oleh pemilik PlayStation 4. Naughty Dog hari ini mengesyorkan kepada peminat bahawa kesemua peta dan DLC berkaitan multiplayer Ucharted 4 akan diberikan secara percuma. Ini bagi memastikan tiada pemain akan ketinggalan dari memainkan pelbagai mod multiplayer kerana tidak membeli pek DLC tertentu.

Uncharted 4 DLC

Pada waktu yang sama kesemua peta dan mod multiplayer boleh dinyahkunci dengan bermain mod perseorangan. Ini dilakukan dengan mengumpul Relic, matawang maya Uncharted 4 yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ini berbeza dengan strategi pengeluar lain yang membenarkan pemain membeli pek XP tertentu bagi memudahkan mereka mendapat kelebihan dari pemain tidak berwang. Kami amat menantikan Uncharted 4 kerana berpeluang memainkan demo eksklusif beberapa bulan yang lalu. Apabila ia keluar kelak kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan sosial selama beberapa hari



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kesemua Peta Dan DLC Multiplayer Uncharted 4 Akan Diberi Percuma"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info