Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Permua Nintendo Seterusnya, Fire Emblem Akan Hadir Ke Android Dulu Pada Februari Ini

Nintendo yang terkenal dengan permainan konsol telah hadir dengan beberapa permua (Permainan Mudah-Alih) sejak daripada tahun lepas yang menjadi antara permainan popular dan diperkatakan ramai. Sehingga kini, dua permua telah diperkenalkan, iaitu Pokemon Go dan juga Super Mario Run.

Permua seterusnya daripada Nintendo akan hadir pada bulan Februari ini, dan ia adalah sebuah permainan berbentuk strategi, dinamakan sebagai Fire Emblem : Heroes. Fire Emblem : Heroes ini dilihat menawarkan permainan strategi yang memerlukan pemain hadir dengan taktik dan kaedah tersendiri dalam memenangi sesuatu perlawanan. Ia hadir dengan grafik seumpama anime, dan dengan pelbagai jenis hero berbeza.

Seperti biasa, Fire Emblem akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna, dan akan hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi. Fire Emblem : Heroes akan ditawarkan secara percuma untuk Android bermula 2 Februari ini, dan akan hadir selepas itu untuk iPhone dan iPad.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Permua Nintendo Seterusnya, Fire Emblem Akan Hadir Ke Android Dulu Pada Februari Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info