Jika pada awal tahun ini Moto G5 telahpun diperkenalkan dan membawakan keseimbangan dari segi prestasi dan harganya, mengakhiri tahun 2017 ini Lenovo menampilkan peranti Moto terkini yang lebih baik iaitu Moto G5S Plus.
Moto G5S Plus membawakan paparan skrin yang lebih besar, dan turut membawakan dwi-kamera padanya, seiring dengan perkembangan teknologi yang memerlukan pengimejan yang lebih baik dan berkualiti.
Berikut merupakan lima faktor membuatkan Moto G5S Plus antara yang terbaik dalam kelasnya.
Prestasi Terbaik Menggunakan Android Asli
Banyak peranti pintar yang mengutamakan prestasi menggunakan Snapdragon dan Moto G5S Plus hadir dengan Snapdragon 625 2.0GHz Lapan-teras. Melengkapkan cip pemprosesan ini adalah 4GB RAM yang boleh menjalankan pelbagai aplikasi secara serentak.
Cip yang berkuasa tidak mencukupi sekiranya sistem operasi tidak dioptimasikan. Bagi menjamin prestasi tidak terkurang dan senantiasa lancar, Moto kekal menggunakan Android yang tidak diubah dari segi paparan antaramuka yang digunakan dan tiada sebarang tambahan aplikasi gendut (bloatware) yang tidak digunakan.
Malah, Android Nougat yang hadir pada Moto G5S Plus bakal boleh dikemaskini pengguna kepada Android Oreo, sekaligus menambah jangkahayat penggunaan peranti.
Fungsi Dwi-Kamera Yang Boleh Mengubah Latar Belakang
Kini banyak peranti dalam kelas pertengahan menyertakan dwi-kamera bagi tujuan penggambaran. Namun setiap pengeluar mempunyai pendekatan yang berbeza dalam melakukannya. Ada yang menyertakan lensa biasa dan lensa telefoto, manakala lensa biasa dan lensa monokrom.
Pada Moto G5S Plus, ia menggunakan dwi-kamera 13MP sekaligus membolehkan rakaman gambar bokeh padanya. Bagi menawarkan kelainan, ia turut mempunyai kebolehan untuk mengubah latar belakang tanpa memerlukan pengguna untuk memuat-turun aplikasi berlainan.
Pengguna boleh mengambil gambar menggunakan mod bokeh, kemudian mengasingkan subjek penggambaran dan latarbelakang. Kemudian latarbelakang tersebut boleh diubah mengikut kesukaan pengguna.
Binaan Berkualiti
Dari pemerhatian kami, kebanyakan peranti masakini yang hadir pada harga bawah RM 1,000 turut mempunyai binaan yang kukuh dan berkualiti. Ia tidak terkecuali pada Moto G5S Plus, yang menyertakan binaan badan keseluruhan aluminium dan mengikut bahasa rekaan Moto X, sekaligus menampakkan tahap elegan peranti ini.
Kapasiti Bateri Dan Teknologi TurboPower Yang Membuatkan Peranti Mampu Bertahan Sehari
Siapa yang mahu membeli peranti yang tidak mampu bertahan lama? Pada Moto G5S Plus, bateri yang digunakannya berkapasiti 3000 mAh. Walau kapasiti baterinya mungkin tidak sebesar model lain, tetapi dengan fungsi pengecasan pantas TurboPower, bagi pengecasan selama 15 minit dapat memberikan tenaga sehingga 6 jam penggunaan. Ini sekaligus dapat membuatkan peranti dapat bertahan lebih lama untuk penggunaan seharian.
Pengimbas Cap Jari Yang Boleh Mengawal Peranti
Satu lagi fungsi yang kini popular dan dimiliki pelbagai peranti adalah pengimbas cap jari. Kebiasannya pengimbas cap jari ini digunakan bagi mengakses peranti apabila ia dikunci. Namun lebih dari itu, fungsi pengimbas cap jari pada Moto G5S Plus turut membolehkan pengguna melakukan navigasi seperti kekunci arah.
Menggunakannya, pengguna hanya perlu menyeret jari pada pengimbas tersebut, baik ke kiri atau ke kanan dapat menukar pilihan pengguna, sekaligus memudahkan pengguna mengawal peranti.
Selain dari lima ciri yang dinyatakan diatas, Moto G5S Plus turut membawakan paparan 5.5-inci penuh, rakaman 4K, dan juga kamera selfie dengan lampu LED. Pada harga RM 999, Moto G5S Plus merupakan antara pilihan yang baik bagi telefon dibawah RM 1,000.
Anda boleh mendapatkan Moto G5S Plus menerusi pengedar sah Motorola di seluruh Malaysia, atau menerusi kedai rasmi atas talian Motorola di Lazada. Layari halaman rasmi Motorola Malaysia dan juga halaman Facebook Motorola Malaysia untuk maklumat lanjut.
Beli: Moto G5S Plus Di Motorola (Lazada)
Penafian: Advertorial dari Motorola Malaysia
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lima Faktor Kenapa Moto G5S Plus Terbaik Pada Kelasnya"