Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Note FE Menerima Potongan Harga – Kini Berharga RM2199

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan potongan harga untuk beberapa peranti mereka, iaitu untuk Galaxy Note Fan Edition, Galaxy J7+ dan juga Galaxy J7 Pro.

Galaxy Note FE

Galaxy Note FE merupakan telefon pintar Note 7 yang diperbaiki dan ditawarkan pada harga RM2599 sebelum ini. Kini, bermula 2018, telefon pintar berkenaan ditawarkan pada harga RM2199.

Galaxy J7+ pula kini menawarkan harga RM1299, sementara Galaxy J7 Pro pula ditawarkan pada harga RM1099. Galaxy J7+ pula merupakan telefon dwi-kamera pada harga mampu milik daripada Samsung, sementara Galaxy J7 Pro pula merupakan telefon berspesifikasi pertengahan daripada Samsung.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menyemak ketiga-tiga peranti ini daripada kedai jualan Samsung berdekatan seluruh negara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Note FE Menerima Potongan Harga – Kini Berharga RM2199"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info