Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Malaysia Cyber Games Kembali Untuk 2018 – Pertandingkan Permainan PC, Konsol Dan Permua

Malaysia Cyber Games kini kembali untuk tahun 2018, dan bakal berlangsung pada 13 dan 14 Januari 2018 ini di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. Seperti biasa, sejumlah permainan akan dipertandingkan, dan ia turut menerima sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Belia Dan Sukan.

Malaysia Cyber Games

Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah Dota 2, Tekken 7, FIFA 18, Street Fighter V, CS:GO, F1 2017, dan juga Injustice 2. Disamping permainan PC dan konsol, Malaysia Cyber Games turut mempertandingkan permua, iaitu Mobile Legends Bang Bang.

Buat masa ini, info penuh mengenainya masih tiada lagi. Namun, anda boleh menyemak laman rasmi Malaysia Cyber Games 2018 hari ini, dan mengikuti kemaskini semasanya melalui Aksiz.

Layari : Malaysia Cyber Games 2018

Artikel ini telah diterbitkan di Aksiz terlebih dahulu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Malaysia Cyber Games Kembali Untuk 2018 – Pertandingkan Permainan PC, Konsol Dan Permua"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info