Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mi Notebook Air Dengan Sokongan 4G Akan Dilancarkan Minggu Ini

Kemunculan Xiaomi Mi Notebook Air pada Julai yang lalu amat tidak disangka. Dua versi dengan saiz skrij berbeza dihasilkan dengan pemproses Intel Core i5 dan kad grafik Nvidia GeForce 940 MX. Seperti produk Xiaomi yang lain, komputer riba ini dijual pada harga yang lebih murah berbanding harga peranti pesaing. Xiaomi akan mengadakan acara khas untuk melancarkan model terbaru Mi Notebook Air pada 23 Disember hadapan.

Dari kad jemputan yang dihantar, model terkini ini bakal menyokong rangkaian 4G menerusi syarikat telekomunikasi China Mobile. Dari segi rekaan, tidak kelihatan sebarang perubahan mendadak setakat ini. Mi Notebook Air masih belum memasuki pasaran Malaysia. Kepada yang berminat sila ke pautan di bawah bagi membaca pandang pertama kami menggunakannya bulan lalu.

Pautan – Pandang Pertama Komputer Riba Xiaomi Mi Notebook Air



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mi Notebook Air Dengan Sokongan 4G Akan Dilancarkan Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info