Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ServisHero Menawarkan Perkhidmatan Panggilan Bangun Sahur Percuma Sempena Ramadhan

Adakah anda jenis yang selalu terlepas waktu sahur di bulan Ramadhan? Jangan risau, kerana ServisHero hadir untuk menyelamatkan waktu makan sebelum Subuh anda.

Perkhidmatan Sahur With ServisHero ini masuk tahun kedua, dan syarikat tersebut membawanya kembali pada bulan Ramadhan tahun ini kerana sambutannya yang sangat menggalakkan tahun lalu.

Sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk panggilan sahur ini melalui laman web http://ift.tt/2qjcqnD. Mereka yang berminat hanya perlu memasukkan nama penuh, alamat emel, nombor telefon mudah-alih, dan ServisHero akan memanggil anda pada 5 pagi sepanjang bulan Ramadhan untuk membangunkan anda untuk sahur.

Selain dari itu, ServisHero juga memberikan pengguna-pengguna aplikasi tersebut kod diskaun sebanyak RM20 sepanjang bulan Ramadhan untuk servis pembersihan rumah. Kod ini hanyalah sah untuk kawasan-kawasan sekitar Lembah Klang.

Layari laman web: Sahur With ServisHero



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ServisHero Menawarkan Perkhidmatan Panggilan Bangun Sahur Percuma Sempena Ramadhan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info