Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Windows RT Akan Menerima Kemaskini Pada Bulan September – Menambah-Baik Menu Start Dan Lock-Screen

Ketika era Steve Ballmer, Windows telah ditawarkan dalam dua variasi iaitu Windows RT dan juga Windows biasa untuk desktop. Windows RT ketika itu ditawarkan dengan fokus terhadap tablet menggunakan cip pemprosesan ARM, sekaligus mengurangkan harga jualan tablet Windows. Namun, ia tidak mendapat permintaan tinggi seperti peranti lain.

Surface RT

Kini, dibawah Satya Nadella, pelbagai perkara disusun dengan baik semula, dan Windows 10 dilihat memfokuskan sepenuhnya kepada komputer dan tablet, dan tiada lagi penawaran Windows RT. Menurut wakil Microsoft yang menjawab persoalan mengenai Windows RT kepada kami sebelum ini, mereka mengatakan terdapat sejumlah kod yang dipindahkan kepada Windows 10 Mobile memandangkan penggunaan sistem yang lebih kurang sama.

Seperti pelbagai sistem operasi Windows lain, Windows RT juga dijangka akan disokong untuk suatu tempoh masa yang agak lama. Berkongsi lanjut mengenai penawaran untuk Windows RT – yang tidak dinaik-taraf kepada Windows 10, Microsoft melalui halaman FAQ mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini untuk pengguna Windows RT sekitar bulan September ini.

Melalui kemaskini tersebut, Microsoft mengatakan akan menambah-baik penawaran menu Start, selain turut menambah-baik lock-screen. Info penuh berkaitan penawaran kedua-dua fungsi baru ini tidak dikongsikan, dan mungkin kita perlu nantikan kemaskini rasmi diperkenalkan pada bulan September ini untuk melihat sendiri penawaran pihak Microsoft untuk Windows RT.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Windows RT Akan Menerima Kemaskini Pada Bulan September – Menambah-Baik Menu Start Dan Lock-Screen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info