Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengecualian GST Untuk Tambah-Nilai Prabayar Akan Diteruskan Sepanjang 2017

Pada Belanjawan 2016 yang lepas, kerajaan telah mengumumkan rebat GST untuk para pengguna prabayar – membolehkan pengguna menerima tambah-nilai keseluruhan tanpa perlu kehilangan caj 6%. Melalui pengumuman kerajaan sebelum ini, tempoh untuk rebat berkenaan adalah sehingga 31 Disember 2016 ini.

Walaubagaimanapun, kini kerajaan mengumumkan mereka akan meneruskan pengecualian GST untuk kad tambah-nilai prabayar pada tahun 2017 kelak.

GST Prepaid 2017

Ini bermakna, pengguna prabayar akan terus dapat menikmati tambah-nilai kredit penuh tanpa penolakkan 6% – lebih kurang sama seperti pada tahun ini. Berkemungkinan kita akan melihat sistem sama diguna-pakai, iaitu pengguna perlu menambah-nilai terlebih dahulu, dan akan menerima rebat kemudiannya. Sebagai contoh, menambah-nilai RM10 akan memasukkan nilai RM9.43 dalam akaun anda, dan baki RM0.57 dikreditkan selepas seketika.

Najib Razak dipetik mengatakan langkah ini diambil dalam usaha untuk mengurangkan beban pengguna, terutamanya pengguna prabayar yang melibatkan ramai remaja dan anak muda.

GST Tambah-Nilai



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pengecualian GST Untuk Tambah-Nilai Prabayar Akan Diteruskan Sepanjang 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info