Kami yakin rama yang pernah mengalami masalah peranti bergegar secara mengejut ketika melayari web. Ini berlaku apabila laman tertentu membuka iklan pop-up secara tiba-tiba yang mempunyai iklan dengan fungsi bergetar. Di dalam kemaskini Chrome untuk Android yang seterusnya, masalah ini bakal diselesaikan.
Versi terkini Chrome 60 akan menghalang fungsi yang iklan bergetar. Peranti hanya akan bergetar selepas pengguna menekan butang terlebih dahulu. API yang menghasilkan getaran pada awalnya disertakan di dalam Chrome bagi memberikan elemen interaktif apabila bermain permainan mudah alih menerusi pelayar. Kemaskini Chrome 60 ini akan diberikan secara berperingkat oleh Google. Selamat tingal iklan “AMARAN peranti anda mengandungi virus berbahaya!” yang bergegar serta menjengkelkan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemakini Chrome Akan Menghalang Fungsi Iklan Bergetar"