Sokongan mod untuk Fallout 4 sudah boleh digunakan oleh pemilik PC dan Xbox One sejak awal tahun ini. Bagi pemilik PlayStation 4, sokongan ini beberapa kali ditangguhkan kerana pihak Bathesda gagal mendapatkan persetujuan dengan pihak Sony. Hanya pada bulan September lalu mereka menghentikan pembangunan mod untuk PS4 kerana bosan dengan kerenah Sony.
Our next title update for #Fallout4 will add PS4 Mod Support. We expect it to release this month. Stay tuned for updates https://t.co/qPbPnawl7O
— Fallout (@Fallout) November 7, 2016
Akaun rasmi Fallout 4 hari ini mengesahkan sokongan mod akhirnya akan hadir pada bulan ini. Ia bakal hadir bersama dengan kemas kini versi 1.8 akan datang. Tarikh muktamad masih belum lagi diumumkan. Berbeza dengan mod PC dan Xbox One, mod PS4 hanya boleh menyokong mod yang menggunakan aset dari permainan asal. Ini bermakna mod dengan tekstur mengubah Brotherhood of Steel menjadi Buzz Lightyear tidak boleh dimuat turun. Sedikit mengecewakan tetapi sekurang-kurangnya penantian berbulan lamanya bakal berakhir.
Banyak lagi menarik FB kami
https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PlayStation 4 Akhirnya Menyokong Mod Untuk Fallout 4 Bulan ini"