Peranti realiti maya Sony PlayStation VR mula dijual beberapa minggu yang lalu dan ia antara yang paling selesa dipakai untuk jangkamasa yang lama. Ini ialah kerana rekaannya yang meletakkan beban pada bahagian atas kepala dan bukannya pada hidung seperti peranti realiti maya yang lain. Di Jepun pad muka VR Cushion Mask untuk PSVR mula djual dan ini bagi meningkatkan lagi tahap keselesaan pemakai.
Sistem tirai yang getah yang menutup skrin dan bahagian pipi pengguna sedia ada boleh menyebabkan pengguna berpeluh. Kerana ia diperbuat daripada getah ia tidak menyerap peluh dan ini menimbulkan sedikit ketidakselesaan. Dengan pad muka ini bukan sahaja peluh dapat diserap tetapi cahaya dari luar dapat dihalang dari memasuki ruangan skrin dengan lebih efektif. VR Cushion Mask dijual pada harga Yen 1180 (RM 48).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pad Muka Untuk Sony PlayStation VR Dijual Bagi Meningkatkan Keselesaan Pemakai"