Pengesan kesihatan ialah alternatif lebih mampu bilik bagi mereka yang tidak memerlukan kesemua fungsi yang wujud pada sebuah jam tangan pintar. Terdapat banyak pengesan kesihatan di pasaran sekarang tetapi Huawei Fit yang dilancarkan hari ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding pesaing. Ia dilengkapi skrin e-ink berbentuk bulat yang memberikan hayat penggunaan berterusan selama enam hari dan ketahanan selama 30 hari dengan sekali cas.
Huawei Fit dilengkapi pengimbas nadi terbina. Ia mampu mengesan pola tidur, jumlah kalori yang dibakar, pedometer dan jarak perjalanan pemakai. Satu kekurangan ialah ia tidak dilengkapi GPS terbina dan memerlukan pengguna membawa peranti pintar sepanjang masa. Buat masa ini ia boleh ditambat kepada peranti Android dan iOS.
Terdapat dua pilihan kemasan iaitu perak dan hitam. Tiga rekaan tali turut diberikan iaitu biru, oren dan hitam. Sekiranya anda kurang menggemari tali yang diberikan, tali jam biasa sebesar 18 mm boleh digunakan. Harga jualan ialah sekitar $130 (~RM 543) seutas.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengesan Kesihatan Huawei Fit Dilancarkan Dengan Skrin E-Ink Berbentuk Bulat"