Pembantu maya kecerdasan buatan Google Assistant buat masa ini hanya eksklusif kepada peranti Pixel. Google tidak mempunyai perancangan memberikannya kepada peranti Android lain. Oleh itu pengeluar peranti Android perlu menghasilkan versi tersendiri. Samsung kini dilaporkan akan menyertakan Bixby, pembantu maya kecerdasan buatan mereka pada peranti Galaxy S8 tahun hadapan.
Samsung sudahpun memfailkan paten untuk nama Bixby bagi perisian komputer yang mengurus maklumat peribadi di Korea Selatan. Ura-ura ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana Samsung baru sahaja mengambil alih VIV, syarikat pembantu maya yang bertanggungjawab membangunkan Siri sebelum ini. Tidak seperti Siri dan Google Now, sistem VIV adalah lebih pintar. Ia mampu memahami soalan yang ditanya dengan lebih tepat seterusnya memberikan jawapan dengan maklumat lebih berguna.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Pembantu Maya Kecerdesan Buatan Untuk Samsung Galaxy S8 Akan Dikenali Sebagai Bixby"