Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Minecraft: Education Edition Kini Ditawarkan Di Malaysia

Pada Januari 2016 lepas, Microsoft telah mengumumkan Minecraft: Education Edition. Kini, setelah sekian lama dinantikan, Minecraft: Education Edition telah pun dilancarkan untuk pengguna di rantau Asia Pasifik, termasuk di Malaysia.

Minecraft: Education Edition adalah permainan berbentuk dunia terbuka dan direkabentuk dalam mengalakkan budaya kreativiti dan juga kolaborasi dalam bilik darjah.

Minecraft Edu

Pengenalan versi penuh Minecraft: Education Edition turut hadir dengan sebuah aplikasi pelengkap untuk tenaga pengajar, dinamakan sebagai Classroom Mode. Melaluinya, mereka boleh menguruskan tetapan dunia terbuka berkenaan, berkomunikasi dengan para pelajar, serta membuat beberapa perkara lain.

Pihak Microsoft turut mengatakan, penggunaan Minecraft: Education Edition dalam bilik darjah turut membuatkan para pelajar lebih bermotivasi untuk belajar, yakin, dan berkolaborasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Minecraft: Education Edition kini boleh didapatkan oleh sekolah dan universiti seluruh negara pada harga $5 seorang pengguna untuk setahun.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Minecraft: Education Edition Kini Ditawarkan Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info