Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Menguji Sokongan Menjual Produk Terus Pada Platform Mereka

Instagram telah menjadi salah satu perkhidmatan yang digunakan ramai dalam mengikuti pelbagai perkembangan rakan-rakan mahupun jenama dan selebriti – disamping pada masa yang sama mengikuti pelbagai promosi produk dan perkhidmatan.

Instagram Produk

Kini, produk yang dimiliki oleh Facebook berkenaan menguji sebuah sokongan baru yang membolehkan sesuatu perkongsian gambar hadir terbina dengan sokongan membeli produk berkenaan. Ia beroperasi dengan penggunaan tag, dan apabila pengguna menekan padanya, ia membuka halaman dalam aplikasi Instagram tersebut sendiri untuk membuat pembelian.

Sebagai contoh, sekiranya sesuatu jenama merakamkan gambar model, maka ia seterusnya boleh tag baju, seluar dan kasut – dimana setiap tag membawa kepada halaman jualan berbeza. Walaubagaimanapun, untuk membuat pembayaran, ia akan membawa pengguna ke halaman web milik penjual.

Pihak Instagram bekerjasama dengan lebih kurang 20 jenama di Amerika Syarikat – dan akan mendapatkan maklumbalas mereka terlebih dahulu. Fungsi ini akan diperluaskan kepada semua negara pada masa akan datang, selain ia turut diperluaskan untuk menyokong perkongsian video.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Menguji Sokongan Menjual Produk Terus Pada Platform Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info