Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan Akan Melaksanakan Pelan Fiber (2017-2019) – Mantapkan Infrastruktur Jalur-Lebar

Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini mengumumkan yang mana kerajaan akan mula melaksanakan Pelan Fiber Seluruh Negara (2017-2019) dalam usaha untuk memantapkan lagi infrastruktur jalur-lebar berkelajuan tinggi di Malaysia.

Pelan ini bakal terbahagi kepada tiga fasa, dan dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang 2019 kelak.

Fasa pertama akan memfokuskan kepada kemudahan menggunakan rangkaian Tenaga Nasional untuk tujuan perkhidmatan backhaul. Fasa kedua pula akan meliputi sambungan last-mile, dan akhir sekali fasa ketiga akan tertumpu kepada penyediaan perkhidmatan runcit oleh syarikat telekomunikasi.

Kerajaan turut menyasarkan dengan melaksanakan Pelan Fiber Seluruh Negara ini, ia akan memastikan kelajuan jalur lebar dua kali ganda boleh dicapai dengan lebih mudah. Dibawah pelan ini juga, sekitar enam juta premis termasuk dua juta di luar bandar dijangka akan dihubungkan – sekaligus membawa manfaat eknomoi digital kepada semua.

Seperti biasa, ia akan dipantau oleh SKMM, dan ia akan dilaksanakan melalui kerjasama antara entiti yang relevan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kerajaan Akan Melaksanakan Pelan Fiber (2017-2019) – Mantapkan Infrastruktur Jalur-Lebar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info