Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung DeX Pad Diperkenalkan – Memudahkan Mengubah Telefon Kepada Desktop

Pada tahun lepas, Samsung telah memperkenalkan Samsung DeX – dimana ia merupakan sebuah aksesori tambahan untuk telefon pintar dibawah siri Galaxy S dan Note, membolehkan pengguna menghubungkannya kepada DeX, dan menggunakan telefon sebagai komputer.

Perkara ini dijayakan dengan kuasa pemprosesan pada telefon pintar yang semakin tinggi dari hari ke hari, selain aplikasi yang dioptimasikan untuk paparan skrin desktop.

Samsung DeX Pad

Untuk tahun ini, Samsung memperkenalkan generasi baru untuknya melalui apa yang dinamakan Samsung DeX Pad.

Samsung DeX Pad

DeX Pad merupakan penaik-tarafan kepada DeX generasi lama. Kini, ia membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar dengan membaringkannya, selain turut membolehkan pengguna mengakses kepada bicu audio pada telefon.

Disamping itu, kini selepas menghubungkan telefon ke DeX Pad, pengguna boleh menggunakan telefon sebagai touchpad untuk mengawal tetikus dan sebagainya.

Samsung DeX Pad

Samsung turut menawarkan ciri khusus untuk perusahaan yang membolehkan bahagian IT mengawal sejumlah aplikasi yang dibenarkan dan tidak dibenarkan ketika dalam mod desktop. Sebagai contoh, anda mungkin boleh menggunakan Snapchat dalam mod biasa, tetapi ketika dihubungkan menjadi mod desktop, aplikasi berkenaan tidak boleh diakses.

Seperti asalnya, Samsung DeX Pad perlu dibeli secara berasingan oleh pengguna. Harga jualan tempatannya dijangka diumumkan bersama-sama pelancaran Galaxy S9 di Malaysia kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung DeX Pad Diperkenalkan – Memudahkan Mengubah Telefon Kepada Desktop"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info