Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fedora 25 Dilancarkan Secara Rasminya – Sistem Operasi Alternatif Untuk Komputer Anda

Terdapat pelbagai sistem operasi yang ditawarkan untuk komputer dibawah keluarga Linux, dan salah satu yang popular selain Ubuntu adalah Fedora. Terkini, pembangun Fedora telah pun mengeluarkan sistem operasi versi terkini mereka, iaitu Fedora 25.

Fedora 25Fedora 25 hadir dalam tiga variasi, iaitu Fedora 25 Workstation, Fedora 25 Server dan juga Fedora 25 Atomic Host (menggantikan penggunaan Fedora Cloud sebelum ini). Dan pada versi terkini, salah satu perkara yang mencuri perhatian adalah sokongan Wayland display server yang menggantikan sistem X11 lama. Ia telah dibangunkan untuk beberapa tahun, dan menawarkan sokongan grafik terkini dari segi persekitaran mahupun hardware.

Selain daripada itu, Fedora 25 hadir dengan antaramuka desktop GNOME 3.22, dijana menggunakan kernel Linux 4.8, selain penyertaan sejumlah perisian sumber terbuka versi terkini.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, boleh memuat-turun Fedora 25 hari ini – dan memasangnya pada komputer atau pada Virtual Machine.

Muat-Turun Fedora 25



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fedora 25 Dilancarkan Secara Rasminya – Sistem Operasi Alternatif Untuk Komputer Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info