Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pautan Video Hasad Tiga Saat Hadir Membuatkan iPhone Atau iPad Berhenti Beroperasi

Bagi anda yang menggunakan peranti iOS, sama ada iPhone atau iPad, mungkin perlu berhati-hati dengan pautan video yang anda terima. Sebuah pautan video dengan kod hasad (malicious code) hadir, membuatkan peranti pengguna berhenti beroperasi apabila ia dibuka.

Selepas pengguna membuka pautan berkenaan dan memainkan video sekitar tiga saat berkenaan, ia akan membuatkan iPhone atau iPad anda menjadi perlahan, dan akhirnya berhenti beroperasi.

Apakah sebab disebaliknya masih tidak diketahui. Pelbagai spekulasi mengatakan iai disebabkan oleh kebocoran memori (memory leak) disebabkan oleh fail video yang rosak.

Daripada percubaan beberapa pengguna, ia bukan sahaja memberikan kesan terhadap iOS 10 dan iOS9, malah turut memberikan kesan kepada sistem operasi sebelum-sebelumnya.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda terkena atau terbuka pautan berkenaan, anda boleh mengembalikan peranti anda untuk kembali beroperasi seperti biasa dengan memulakan semula iPhone atau iPad anda. Ini boleh dilakukan dengan menekan butang Home untuk seketika pada iPhone, atau pada iPhone 7 dengan menekan butang kuasa dan butang kawalan audio.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pautan Video Hasad Tiga Saat Hadir Membuatkan iPhone Atau iPad Berhenti Beroperasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info