Sukan merupakan salah satu platform yang sering menyatukan ramai orang dari seluruh dunia. Dengan konsep sama, dan untuk memudahkan lagi para pengguna untuk membuat tempahan lokasi untuk bermain badminton dan futsal, salah satu aplikasi baru daripada syarikat tempatan adalah Sportify.
Sportify membolehkan para pengguna untuk membuat tempahan lokasi untuk bermain sukan dengan mudah, dan terus membuat pembayaran dan menjemput rakan-rakan lain. Seperti ramai sedia maklum, ketika anda ajak rakan-rakan lain untuk bermain sesuatu perkara, ia agak sukar untuk mendapatkan pengesahan atau berbincang mengenainya dalam WhatsApp Group. Sportify ingin mengatasi masalah utama berkenaan, dan rakan-rakan lain boleh menyatakan ingin menyertai atau tidak dengan hanya tap pada aplikasi – atau sebuah pautan yang dihantar.
Selain daripada itu, sekiranya anda tidak mempunyai rakan yang mencukupi untuk bermain sesuatu permainan – sebagai contoh futsal, anda boleh membuka penyertaan kepada pengguna lain yang dipaparkan melalui tab khusus.
Menurut pembangunnya, buat masa ini, Sportify masih pada peringkat awal lagi, dan mereka mempunyai sejumlah perancangan lain untuk aplikasi berkenaan. Ini termasuk penambahan sokongan profil yang memperlihatkan statistik dan data seseorang pengguna – seperti bagaimana mereka bermain dan rating daripada rakan-rakan lain.
Sportify juga bakal menambah sokongan untuk permainan lain seperti golf, bola keranjang dan sebagainya dalam bulan-bulan akan datang.
Sportify buat masa ini ditawarkan hanya untuk pengguna iOS sahaja, dan ia bakal ditawarkan untuk Android dalam Disember atau Januari 2017 ini.
Muat-Turun Sportify untuk iOS
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sportify – Memudahkan Anda Menempah Tempat Badminton Dan Futsal, Selain Mencari Rakan Untuk Bermain"