Microsoft sebelum ini telah mengumumkan komitmen dalam memudahkan para peminat permainan video untuk memainkan permainan pada bila-bila masa dan dimana sahaja dengan mudah. Sebagai langkah awal untuknya, Microsoft telah mengumumkan sokongan Xbox Wireless untuk Xbox One dan juga Windows 10.
Hari ini, Microsoft turut mengumumkan sokongan Xbox Wireless Controller untuk peranti realiti-maya Samsung Gear VR. Melalui sokongan ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna memakai Gear VR pada kepala, dan menggunakan tangan untuk mengawal permainan melalui Xbox Wireless Controller.
Untuk pengenalan, Minecraft :Gear VR Edition akan menyokongnya, selain permainan lain akan menyusul selepas itu. Pengguna akan diperlukan menghubungkan Gear VR kepada Xbox Wireless Controller melalui sokongan Bluetooth.
Microsoft turut mengatakan mereka kelak akan turut menawarkan sokongan alat kawalan Xbox ini untuk permainan sedia ada Gear VR dalam bulan-bulan akan datang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Mengumumkan Sokongan Alat Kawalan Xbox Untuk Samsung Gear VR"