Pelbagai syarikat elektronik telah mula memfokuskan kepada arena robotik dan kecerdasan buatan. Terkini, pihak LG Electronics turut mengatakan mereka akan mula membuat pelaburan agresif dalam arena robotik dalam usaha memudahkan tugasan harian pengguna.
LG mengatakan bahagian perkakasan mereka dalam persiapan untuk menyertai industri robotik yang mana akan membangunkan produk yang turut beroperasi selari dengan produk peralatan elektronik rumah seperti peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya.
Melalui pelaburan ini, LG dilihat akan lebih memfokuskan kepada rumah pintar, robotik dan pelbagai komponen utama lain dalam menambah-baik penawaran peralatan elektronik di rumah.
LG masih tidak berkongsi akan mengenai bilakah mereka akan hadir atau melancarkan produk robotik mereka, mahupun memperlihatkan teknologi kecerdasan buatan mereka.
Buat masa ini, sejumlah syarikat memfokuskan kepada arena ini, termasuk Asus yang telah memperlihatkan Asus Zenbo sebelum ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Akan Membuat Pelaburan Agresif Dalam Arena Robotik"