Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Saintis Ingin Mencuba Hidupkan Kembali Mereka Yang Kematian Otak

Pada hari ini, sekiranya seseorang mengalami kemalangan yang membawa kepada kematian otak, selalunya mereka akan kekal tanpa bergerak dan hanya akan diletakkan dengan sokongan bantuan mesin. Saintis telah mengkaji untuk “menghidupkan” kembali mereka-mereka ini, dan kini sebuah firma bioteknologi di Amerika Syarikat telah diberikan kebenaran untuk mengujinya pada manusia.

Melaluinya, firma berkenaan akan menguji pada lebih kurang 20 orang yang telah diisytiharkan kematian otak. Mereka akan menggunakan beberapa kaedah rawatan dan terapi, termasuk menyuntik otak dengan sel tunjang, selain menyediakan beberapa teknik ransangan saraf untuk menyedarkan kembali pesakit daripada koma.

Pesakit yang telah diisytiharkan kematian otak ini seterusnya akan kekal dipantau untuk beberapa bulan untuk melihat perkembangan pada otak mereka, terutamanya kepada pembangunan semula. Sebelum ini, kajian saintis telah memperlihatkan pembangunan semula sel yang rosak pada haiwan dan kini ia ingin diperluaskan kepada manusia.

Untuk fasa ujian pertama ini, ia lebih kepada melihat perkembangan semula sel, dan untuk jangka masa panjang, mereka menyasarkan untuk hadir dengan kebolehan untuk mengubati mereka yang mengalami kematian otak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Saintis Ingin Mencuba Hidupkan Kembali Mereka Yang Kematian Otak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info