Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Opera Memperkenalkan Sokongan Penghalang Iklan Pada Pelayar Web Desktop Dan Opera Mini

Opera telah menguji sokongan penghalang iklan terbina pada pelayar web versi pembangunan mereka sebelum ini, dan kini fungsi tersebut diperkenalkan kepada semua pengguna pelayar web berkenaan di seluruh dunia. Fungsi ini hadir bersama-sama kemaskini Opera 37 untuk desktop.

Opera Adblock

Dengan integrasi penghalang iklan ini, Opera mengatakan beberapa pelayar web kini boleh dibuka dengan lebih 90% pantas berbanding sebelumnya, disamping menawarkan pengalaman pelayaran yang lebih baik. Integrasi terus pada pelayar web juga tidak menggunakan memori yang tinggi berbanding penggunaan pemalam tambahan.

Opera memperkenalkan sokongan penghalang iklan ini pada pelayar web desktop Opera untuk Windows, Linux dan juga OS X, selain turut dibawa kepada Opera Mini.

Bagi anda yang menggunakan Opera, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, atau memuat-turun versi baru Opera hari ini dari laman rasmi mereka.

Muat-Turun Opera 37 untuk desktop



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Opera Memperkenalkan Sokongan Penghalang Iklan Pada Pelayar Web Desktop Dan Opera Mini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info