Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fungsi Autoplay Kini Diaktifkan Pada Aplikasi YouTube Versi Android

YouTube telah menggantikan televisyen sebagai sumber hiburan kami. Kami boleh menonton ribuan dokumentari, muzik video, tutorial dan video viral tanpa henti. Fungsi Autoplay yang wujud pada versi desktop kami gunakan secara meluas bagi memudahkan rancangan berkait dimainkan berterusan. Fungsi ini kini diaktifkan pada kesemua aplikasi YouTube versi Android.

Youtube-Autoplay-2Pengguna hanya perlu melakukan kemas kini kepada versi 11.16.62 untuk mendapatkan fungsi ini. Kemudian pergi ke skrin tetapan aplikasi untuk mengaktifkan fungsi Autoplay. Kami difahamkan fungsi ini telah diberikan kepada beberapa pengguna terpilih sejak sebulan yang lalu. Kemas kini terkini memastikan semua pemilik Android boleh menggunakannya. Tiada maklumat bilakah versi iOS akan menerima fungsi yang sama buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fungsi Autoplay Kini Diaktifkan Pada Aplikasi YouTube Versi Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info