Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenfone 3 Mula Dijual Di Malaysia Bermula Pada Harga RM 1,499

Setelah dua bulan Asus memperkenalkan Asus Zenfone 3 di Computex Taipei, pada hari ini mereka telah memperkenalkannya untuk pasaran tempatan, dan akan dijual pada beberapa variasi, bermula pada harga RM 1,499.

Terdapat 5 siri Zenfone 3 yang akan dilancarkan untuk pasaran tempatan iaitu Zenfone 3 Deluxe, Zenfone 3 Ultra, Zenfone 3, Zenfone 3 Max dan Zenfone 3 Laser. Kesemuanya membawakan spesifikasi yang hampir serupa namun terdapat kelebihan pada sesetengahnya. Zenfone 3 Deluxe merupakan peranti Zenfone dengan pilihan spesifikasi tertinggi yang turut membawakan 6GB RAM dan Snapdragon 821, manakala Zenfone 3 Max mempunyai kapasiti bateri yang tinggi berbanding lain, iaitu 4100 mAh.

Zenfone 3 MY

Asus Zenfone 3 akan ditawarkan pada dua variasi. Versi dengan paparan skrin bersaiz 5.2 inci akan dijual pada harga RM 1,499 manakala versi dengan paparan skrin bersaiz 5.2-inci akan dijual pada harga RM 1,699.

Baca: Pandang Pertama Asus Zenfone 3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone 3 Mula Dijual Di Malaysia Bermula Pada Harga RM 1,499"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info