Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Photos Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Google telah memperkenalkan Google Photos sebagai aplikasi berasingan beberapa bulan yang lepas, dan hari ini, mereka berkongsi pencapaian terbaru mereka, mengatakan Google Photos digunakan oleh lebih 100 juta pengguna aktif setiap bulan.

Google Photos

Google Photos merupakan aplikasi pengurusan gambar daripada Google, membolehkan pengguna menyimpan koleksi gambar mereka dan menguruskannya dengan mudah pada pelbagai peranti. Google sendiri menawarkan storan awan percuma untuk versi asas – yang mana menawarkan storan tanpa had kepada pengguna.

Disamping menyimpan gambar, aplikasi ini juga hadir dengna sokongan Assistant yang menjana video pendek daripada koleksi gambar anda di sesuatu lokasi pada sesuatu masa, selain turut memudahkan anda membuat pencarian gambar berdasarkan wajah rakan, lokasi dan sebagainya.

Pencapaian angka pengguna lebih 100 juta dalam kurang 5 bulan ini boleh dikatakan salah satu pencapaian yang baik untuk Google.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Photos Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pengguna Aktif Bulanan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info