Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenfone 3 Deluxe Akan Ditawarkan Bermula Pada Harga RM2,599

Pada siri telefon terkini Zenfone 3 yang diperkenalkan Asus Malaysia, Zenfone 3 Deluxe merupakan siri dengan penawaran spesifikasi tertinggi diantara kesemuanya. Boleh dikatakan ia merupakan flagship yang direka oleh Asus bagi menyaingi peranti flagship pengeluar lain.

Asus Zenfone 3 Deluxe yang hadir untuk pasaran tempatan menyertakan cip pemprosesan terkini iaitu Snapdragon 821 dan merupakan peranti terawal menggunakan cip yang berkuasa ini. Ia juga hadir dengan 6GB RAM LP DDR4 yang tidak terdapat pada siri Zenfone 3 yang lain, serta cip grafik Adreno 530. Ia juga hadir dengan sokongan NFC dan sokongan capaian LTE Cat 13. Kamera utama peranti ini juga mempunyai sensor pengimejan yang lebih tinggi, iaitu 23MP Sony IMX 318 dan turut menyertakan pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Storan pada Zenfone 3 Deluxe bermula 64GB sehingga 256GB dan boleh ditambah menggunakan kad Mikro-SD pada talam SIM hybrid peranti ini.

Zenfone 3 Deluxe MY

Zenfone 3 Deluxe untuk pasaran Malaysia akan dijual pada dua variasi bergantung kepada storan. Variasi dengan storan 64GB akan dijual pada harga RM 2,599 manakala variasi dengan storan terbanyak iaitu 256GB akan dijual pada harga RM 3,299.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone 3 Deluxe Akan Ditawarkan Bermula Pada Harga RM2,599"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info