Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bird Of Prey – Basikal Yang Dikayuh Secara Meniarap

Basikal biasa ditunggang dengan penunggang duduk secara menegak. Ini adalah postur menunggang basikal sejak ianya dicipta pada tahun 1817 oleh Baron Karl von Drais di Jerman. Pada awalnya basikal bergerak dengan penunggang menolak menggunakan kaki. Basikal pertama dengan sistem kayuhan mekanikal dihasilkan pada tahun 1839. Mengayuh pada posisi duduk dipilih keran ia memudahkan imbangan. Penunggang juga pantas menurunkan kaki apabila basikal berhenti.

Bird of Prey 1

Bird of Prey ialah basikal unik yang melakukan anjakan paradigma rekaan sebuah basikal. Penunggang mengayuh secara meniarap seperti aksi Superman. Posisi mengayuh secara meniarap ini mengurangkan rintangan angin dan basikal boleh bergerak lebih pantas. Gear lebih besar dengan 60 gigi juga memastikan tenaga kayuhan penunggang menghasilkan putaran tayar lebih pantas. Disamping itu Bird of Prey ialah basikal yang mudah dikayuh menaiki bukit kerana posisi tubuh penunggang yang mendatar. Menurut pereka Bird of Prey, basikal ini juga lebih selamat berbanding basikal konvensional. Basikal ini dijual pada harga $8500 sebuah. Kami mahukan basikal ini membolehkan kami berangan menunggang Batpod milik Batman.

Bird of prey 2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bird Of Prey – Basikal Yang Dikayuh Secara Meniarap"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info