Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Dijangka Memperkenalkan Basikal Pintar Pada Minggu Ini

Xiaomi mempunyai pelbagai penawaran dibawah Mi Ecosystem, dan terkini, melalui sebuah gambar teaser yang dikongsikan oleh pengeluar dari China berkenaan, mereka memperlihatkan seumpama bakal hadir dengan sebuah basikal pintar pada minggu ini.

Xiaomi Bike

Untuk makluman, pihak Xiaomi pernah membuat pelaburan pada syarikat basikal pintar dinamakan iRiding sebelum ini. Namun, bagi pengenalan produk baru yang dijadualkan pada minggu ini, ia hadir daripada Mijia – sekaligus memperlihatkan kemungkinan basikal pintar ini lebih mampu milik berbanding daripada iRiding.

Masih tiada info berkaitan dengannya buat masa ini, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai produk baru Xiaomi ini pada hari Khamis, 23 Jun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Xiaomi Dijangka Memperkenalkan Basikal Pintar Pada Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info