Kebarangkalian iPhone 7 tidak mempunyai bicu audio 3.5mm kini adalah semakin tinggi. Semakin banyak laporan mengesahkan Apple tidak akan menyertakan bicu audio pada peranti iPhone terkini mereka bagi memberikan kualiti audio lebih baik dan memberikan pembesar suara stereo. Kepada pemilik fon kepala dan telinga dengan sambungan bicu audio 3.5mm, ura-ura terkini yang didengari ini mungkin akan menggembirakan anda.
Apple dikatakan bakal menyertakan penyesuai bicu audio 3.5mm ke Lightning dengan setiap pembelian iPhone 7. Pada waktu yang sama mereka akan menyertakan Earpod lama dengan sambungan bicu audio 3.5mm dan bukannya Lightning. Dengan wujudnya penyesuai ini pemilik tidak perlu bersusah payah mencari penyesuai dari pihak ketiga. Fon kepala dan telinga yang mereka sudah miliki masih boleh dipakai pada iPhone generasi terkini mereka.
Kami penggemar audio berkualiti tinggi dan mahukan bicu audio 3.5mm dilupuskan. Apa yang dilakukan Apple ini amat baik untuk pengguna dan seharusnya menjadi ikutan pengeluar lain. Mendengar audio HD adalah amat berbeza dengan audio analog biasa. Perbezaannya adalah seperti kali pertama menonton filem Bluray dan VCD.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) iPhone 7 Akan Hadir Dengan Penyesuai Bicu Audio Ke Lightning"