Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Waze Ingin Memudahkan Pengguna Mengenal-Pasti Dan Mengelak Persimpangan Yang Sukar

Untuk sesetengah pemandu, persimpangan tanpa lampu trafik mungkin sesuatu yang sangat melecehkan memandangkan perlu menantikan waktu yang lama dan mungkin kadang-kala tidak begitu berani untuk memasuki lorong lain. Kini, Waze yang sedia memudahkan proses navigasi pengguna turut ingin mengatasi masalah berkenaan.

Waze Persimpangan Sukar

Melalui fungsi baru yang diuji di Amerika Syarikat, ia membolehkan pengguna mengelak persimpangan yang sukar, sekaligus membolehkan anda melalui laluan yang lebih selamat dan mudah untuk dilalui.

Waze mengatakan melalui fungsi baru ini mereka ingin mengurangkan laluan menggunakan persimpangan yang sukar, dan bukannya mengelak ia secara keseluruhan. Waze juga akan mengambil kira waktu perjalanan dan mengurangkan kesan terhadapnya dalam mencadangkan laluan tanpa persimpangan yang sukar.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Waze akan memperkenalkan fungsi ini pada peringkat global.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Waze Ingin Memudahkan Pengguna Mengenal-Pasti Dan Mengelak Persimpangan Yang Sukar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info