Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ubisoft Bakal Berkongsi Mengenai Permainan Watch Dogs 2 Pada Minggu Ini

Acara E3 akan berlangsung secara rasminya pada minggu depan, yang bakal memperlihatkan sejumlah permainan baru diumumkan ketika itu. Kini, mencuri perhatian ramai, Ubisoft telah menerbitkan video teaser terbaru mereka, dan mengatakan akan berkongsi lanjut mengenai Watch Dogs 2 dalam tempoh kurang dua hari lagi.

Watch Dogs merupakan salah satu permainan dunia terbuka dan memfokuskan kepada aksi yang memerlukan pengguna mengodam pelbagai perkara dalam menjayakan sesuatu misi. Permainan asalnya telah dilancarkan pada tahun 2014 yang lepas.

Untuk Watch Dogs 2 ini, Ubisoft dijangka memperkenalkan sebuah watak pengodam baru dan mengambil latar tempat yang baru. Ia dijangka akan diperkenalkan untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One, selain daripada PC.

Ubisoft dijangka akan berkongsi lanjut melalui pengumuman rasmi mereka dalam tempoh kurang 48 jam lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Ubisoft Bakal Berkongsi Mengenai Permainan Watch Dogs 2 Pada Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info