Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Blizzard Akan Membolehkan Anda Strim Permainan Terus Ke Facebook Live

Blizzard merupakan nama yang tidak asing dalam permainan video. Terkini, mereka telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Facebook, dimana melaluinya Activision Blizzard akan mengintegrasikan beberapa perkara pada permainan PC mereka dalam kemaskini akan datang.

Activision Blizzard

Antaranya adalah kebolehan untuk log masuk menggunakan akaun Facebook, sekaligus memudahkan lagi pengguna PC untuk log masuk ke permainan seperti World of Warcraft, Heroes of the Storm, Hearthstone, Diablo 3, StarCraft 2 dan juga Overwatch.

Disamping integrasi untuk log masuk, Blizzard juga akan membolehkan pengguna untuk membuat siaran langsung permainan mereka ke akaun Facebook melalui penggunaan fungsi Facebook Live.

Perkara ini semestinya akan diminati oleh ramai pengguna, apatah lagi ia memudahkan pelbagai proses dan pada masa yang sama membolehkan pemain berkongsi apa yang sedang dimainkan mereka secara langsung bersama rakan-rakan yang lain.

Integrasi baru ini akan hadir pada pelbagai permainan PC daripada Blizzard dalam beberapa minggu lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Blizzard Akan Membolehkan Anda Strim Permainan Terus Ke Facebook Live"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info