Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SKMM Kini Memburu Penjual Mercun Di Atas Talian

Kemunculan kedai atas talian yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan ialah fenomena yang masih belum menunjukkan akan berhenti setakat ini. Pelbagai produk ditawarkan oleh penjual kepada pengguna. Pesanan boleh dilakukan menggunakan WhatsApp atau hanya menghantar mesej. Kadar pembelian atas talian yang dahulunya rendah di Malaysia kini melonjak naik kerana pengguna mula mempercayai penjual dan menyedari ia lebih mudah dari pergi ke kedai fizikal.

Mercun-Atas-TalianPenjualan mercun di atas talian sempena musim perayaan juga popular sekarang. Ia kini mengundang perhatian pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mual memantau penjualannya menerusi WhatsApp dan Instagram. Mereka kini menanti arahan dari pihak Polis Diraja Malaysia dan bersedia memberikan maklumat penjual yang didapati menjalankan perniagaan haram ini. Penjualan mercun adalah diharamkan di Malaysia kerana mengundang MacGyver tempatan untuk menghasilkan mercun buatan sendiri menjurus kepada kehilangan anggota badan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "SKMM Kini Memburu Penjual Mercun Di Atas Talian"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info