Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ExeProperties Membolehkan Anda Semak Sama Ada Sesuatu Perisian Menyokong Komputer Anda Atau Tidak

Pada sistem operasi Windows, mungkin ada kalanya anda menghadapi masalah ketika memasang sesuatu perisian, dan ada yang gagal dipasang pada komputer anda. Kadang-kala, sebab disebaliknya tidak diketahui, dan untuk memudahkan perkara ini, salah satu perisian yang membantu adalah ExeProperties.

ExeProperties merupakan sebuah perisian bersaiz ringan yang dibangunkan oleh ExtraBit. Dengan memasangnya, ia akan menambah sebuah tab baru pada tetingkap Properties pada sesuatu perisian, dan menyatakan ia dibangunkan dengan periian apa, jenis perisian berkenaan dan juga versi Windows minimum yang diperlukan.

EXEProperties

Untuk mengaksesnya, pengguna hanya perlu klik kanan pada sebarang fail berbentuk .EXE, dan kemudian memilih Properties. Disana, anda boleh memilih tab EXE/DLL Info dan mengetahui sama ada perisian berkenaan dalah serasi sistem 32-bit atau 64-bit, dan adakah ia menyokong sistem operasi anda.

Bagi anda yang menggunakan pelbagai jenis fail perisian pada komputer anda dan sering sukar untuk mengenal-pasti fail yang sesuai, mungkin EXEProperties ini dapat membantu anda.

Muat-Turun ExeProperties untuk Windows



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ExeProperties Membolehkan Anda Semak Sama Ada Sesuatu Perisian Menyokong Komputer Anda Atau Tidak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info